20090926

TPM 'Malu' Menjamu Rakyat Di Kediaman Rasmi

Kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri sehingga kini terbiar sepi, tanpa penghuni. Sebelum ini dikatakan seorang pembantu warga Indonesia telah mati dalam keadaan misteri.

Sejak Datuk Seri Najib Razak meninggalkan kediaman tersebut, dikatakan Tan Sri Muyiddin Yassin enggan menginap dibanglow mewah tersebut. Ada yang memberitahu pencatat, Lady Boss (Rosmah Mansor) tidak membenarkan banglow tersebut dihuni disebabkan faktor mistik.

Pencatat diberitahu dibanglow tersebut hanya dibersihkan sekali-sekala dan dikawal oleh pengawal keselamatan sahaja.

Marhena tertanya-tanya kenapa Muhyiddin Yassin tidak menginap dirumah tersebut. Ada spekulasi mengatakan beliau hanya inginkan Sri Perdana (kediaman Perdana menteri). Kediaman tersubut bukan impiannya.

Bagi menutup dari tatapan umum beliau tidak menginap di kediaman tersebut, beliau telah membuat hari Terbuka Hari raya di pejabat Umno Bahagian Pagoh, Kompleks Seri Pekembar, Muar. Diberitakan beliau tidak melakukannya di Kuala Lumpur.

Terdahulu Tun Abdullah Badawi enggan menginap di Sri Perdana sepanjang menjadi Perdana menteri. Hari terbuka 5 tahun dibuat di PWTC.

Abdullah sama seperti Muhyiddin enggan menginap di kediaman rasmi tersebut.

Maklumat dari mulut ke mulut memberitahu pencatat, kedua-dua kediaman tersebut mempunyai 'angker' terlalu kuat. Dikatakan penghuni sebelumnya melakukan sesautu diluar batasan agama. Allahulambisawab.

No comments:

Post a Comment