20090923

Berlebaran Bersama Mantan TKM1 P.Pinang

Pencatat bersama ketua Cabang Johor Bahru dan Hj. Halim Dawam, sempat ziarah Eidul Fitri dirumah mertua mantan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin di Skudai, kelmarin.

Sambil menjamu juadah pencatat dan rakan rancak berbicara hal perjuangan 'Harapan Baru'. Air yang berkocak tidak memperlihatkan mantan TKM1 itu sudah luntur dari memperjuangkan hak sejagat.

Beliau menyiat kisah silamnya, perjuangan semasa menjadi siswazah Unversiti Islam Antarabangsa dan selepas tamat pengajian.

Iltizam beliau untuk terus memperjuangkan keadilan memberi suntikkan kepada kami untuk terus menongkah arus kezaliman yang kian rakus yang dimonopoli oleh BN-UMNO.

Pencatat menjengah sejenak pada mereka yang telah meninggalkan dan tertinggal bas perjuangan. Perbezaan ketara diantara beliau dan rakan-rakan yang lepas. Walaupun dirinya merasakan disisihkan, Fairus berazam meneruskan apa yang diperjuangkan sejak dikampus dahulu.

Pencatat mendoakan kesejahteraan keatas Sdr. Mohd. Fairus.

No comments:

Post a Comment