20090925

DUN Bagan Pinang : Hj. Mahathir Calon Barisan Nasional

Dewasa ini pencatat memerhatikan seorang politikus yang 5 tahun lepas teresak-esak menanggis diatas pentas melafaskan akan bertaubat dari dunia politik, kini kian gairah membidas BN-UMNO.

Sembur sana, hamun sini. Seperti kera kena belacan. Lokasi sambutan Eidul Fitri Perdana Menteri pun dileterkan.

Pencatat pasti penantap mengerti siapa sipulan ini. Tidak lain tidak bukan, Tuan Haji Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri merangkap Penasihat Proton dan Petronas.

Bicaranya, Datuk Seri Ong Teat Kiat salah, Datuk Seri Samy Vellu salah, Datuk Seri Najib salah, Tun Abdullah Badawi salah, Tan Sri Muhyiddin salah, En. Khairi Jamaluddin salah dan yang betulnya anaknya, Mirzan (tokey kilang arak di Filipina).

Saranan Hj Mahathir agar Tan Sri Isa Samad (Isa) tidak dicalonkan untuk parti dacing di DUN Bagan Pinang agak memeranjatkan. Alasannya Isa pernah melakukan jenayah semasa bertanding di parti keris.

Dengan pantas Samy Vellu mebidas, "dey.. jangan menyibuk laaa....lu punya time sudah expired" (alih bahasa).

Agak ribut dibuatnya, jentera parti keris tempatan merasakan duit-duit Isa sudah lama tidak dijamah. Lantas selayaknya Isa menjadi calon.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertanggungjawab sebagai komandan dacing masih mengigau dek nightmare PRK DUN Manek Urai dan Penanti , akibat tersalah strategi dan memilih calon.

Jika tidak didengar cetusan Hj. Mahathir, jika kalah lagi memang kena cili lagi. Pilih calon lain, jentera tempatan boikot seperti di DUN Penanti.

Najib pula pasti lepas tangan, gamaknya puas dimaki jentera sendiri PRK di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Jika Najib turun padang ke Bagan Pinang, suku-sakat Rosmah Mansor bersedia menjemput beliau berhari raya diteratak buruk mereka.

Delima Hj. Mahathir kian memuncak saban hari dewasa ini. Pencatat merasakan calon yang layak disitu cuma Hj. Mahathir sahaja. Sempat rasanya Hj. Mahathir menukar alamat kesana.

Usah pening-pening untuk Hj Muhyiddin, putuskan sahaja Hj. Mahathir sebagai calon DUN Bagan Pinang, selesai masalah pertama.

Beliau duit banyak, pandai kelentong, anak-penak billionair, ada rumah banyak, pengalaman mencantas terbukti, ramai kenalan, petah bercakap dan bini canggih.

Hj Mahathir calon di PRK DUN Bagan Pinang.


No comments:

Post a Comment