20100212

Felda Juarai Segala Penipuan Dan Ketirisan

Ceramah penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) malam tadi di Felda Ciku 1,2 & 3, Gua Musang mendapat sambutan hangat oleh peneroka disitu.

Dalam dailog dari hati ke hati mereka kini lebih memahami kerakusan Kumpulan Felda berperanan meniris hasil keringat peneroka.

Perlu diingat bahawa Felda walaupun telah ditolak kes rayuannya oleh Mahkamah Rayuan tetapi tanpa segan silu mengemukan semakan semula. dan enggan membayar RM11 juta sehingga hari ini.

Hasil peneroka ditipu-selewengkan tetapi telah didapati bersalah masih bermuslihat. Keji dan memalukan.

Kepada anak-anak peneroka, apabila anda pulang ke kampung, minta slip gaji yang diberikan oleh Felda Holding kepada ibu-ayah. Tiada catatan berat sawit, jika ada pun tiada angka perpuluhan ( e.g : 5.38 tan ).

Jika ada sekarang bagaimana dengan selama puluhan pula. Tiada catatan pada slip gaji peneroka. Menjijikan dan penghianat.

Ia bermaksud setiap siap buah sawit mempunyai timbangan genap (e.g : 1 tandan = 5 kg.). Bayangkan jika terdapat 103,156 peneroka.

No comments:

Post a Comment