20100225

Anwar : Punca Kerugian Felda Dan Johor Pula *%#@ ?

Terdapat rakan-rakan Pakatan Rakyat dan UMNO-BN mempertikaikan catatan pencatat mengenai ekonomi Johor dan Felda yang merundum begitu teruk.

Kita telah mendengar, membaca dan meneliti dikaca tv dan koran Syarikat besar, sederhana dan kecil telah 'meluahkan' untung rugi mereka. Felda masih mencari tarikh sesuai.

Pencatat mendapat maklumat melalui 'pintu belakang', samaada Felda mahupun kerajaan UMNO-BN Johor telah mengalami kerugian dan defisit agak keterlaluan.

Jika sebelum ini UMNO-BN menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlakunya desifit dan keruntuhan ekonomi negara. Pencatat tidak hairan jika Felda dan Johor menyalahkan Anwar juga.

Perlu diingat bahawa Anwar tidak mengahadiri sebarang mesyuarat, taklimat, seminar mahupun melulusakan apa jua keputusan kerajaan sejak 1999. Dimana logiknya ekonomi 2009 merundum disebabkan Anwar Ibrahim.

Mana mungkin" ibu kambing melahirkan anak keldai". Maka pertuduhan tersebut begitu daif bagi kerajaan yang dipenuh kurap, panau dan bangkai.

Pencatat ingin mengulas mengenai terguran mengenai fakta kerajaan Johor dan Felda. Mana mungkin mereka berani mengumumkan defisit dan kerugian dalam masa ini.

Jika pencatat mengeluarkan angka tersebut secara terperinci perakaunan Felda dan Johor, tentu sahaja Tuan Insektor menunggu dihadapan rumah.

No comments:

Post a Comment