20110331

Larangan Mengimport Kenderaan Potong

Menurut maklumat yang diperolehi dari rakan yang boleh dipercayai, menjelang bulan jun 2011 ini, kerajaan akan mengharamkan import sparepart kenderaan terutama kenderaan potong. Ianya bertujuan untuk memaksa pengguna menggunakan kenderaan baru dan kenderaan Nasional sahaja.


Bagi pengguna yang masih menggunakan kenderaan lama akan mengalami masalah untuk mendapatkan alat ganti jika kenderaan rosak. Jika ada pun, harga akan melambung tinggi. Hal ini akan hanya menyulitkan pengguna sahaja. Pengguna yang tidak mampu pasti akan menghadapi masalah.


Tidak mustahil akan berlaku kecurian kenderaan dengan kerap. Akan lahir juga agen-agen menjual alat ganti tiruan ataupun seludup. Pengguna yang tidak mampu memperbaiki kenderaan mereka sudah tentu akan menjadi pelanggan utama mereka.


Kehidupan masyarakat juga akan tertekan. Kebimbangan yang keterlaluan akan timbul kerana khuatir kenderaan sendiri kena curi. Penjenayah curi kenderaan akan bertambah, penyeludupan alat ganti kenderaan akan meningkat.


Kerajaan perlu mengkaji semula dasar ini sebelum bertindak mengharamkan import kenderaan potong. Rakyat masih memerlukan alat ganti terpakai kerana harganya yang murah dan berkualiti original. Jangan bebankan rakyat hanya kerana hendak memberi keuntungan kepada beberapa kerat kroni-kroni.