20110315

DNA Datuk Najib-Altantuya

KEADILAN lancar kempen DNA ‘Datuk-Najib-Altantuya’

KUALA LUMPUR: KEADILAN mewakili Pakatan Rakyat akan menggerakkan kempen yang dinamai ‘DNA Najib-Altantuya’ sebagai reaksi terhadap tohmahan pimpinan dan media kawalan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu sampel DNA.

“KEADILAN akan menggerakkan kempen bertema ‘DNA Najib-Altantuya’. Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam, beliau berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.

“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, demonstrasi yang diadakan ahli Umno BN menuntut Anwar menyerahkan sampel DNA sebagai suatu tindakan politik yang pincang.

“Sudah jelas bahawa kes ini adalah kes politik. Ia sengaja diwujudkan untuk memberi kesan kepada pengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan berhimpun semalam bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau berhubung kes Fitnah II.

Pada perbicaraan semalam, pendakwa raya membuat permohonan untuk mendapatkan sampel DNAnya, seolah-olah Anwar perlu membuktikan beliau tidak bersalah dan ia bertentangan dengan semangat undang-undang.

Kes Fitnah II cuba untuk sekali lagi mensabitkan Anwar dengan rekaanpertuduhan liwat seperti pada tahun 1998.

Wayang yang sama diulang tayang selepas Anwar berjaya memimpin PakatanRakyat menawan lima buah negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8953