20100127

KENYATAAN ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR

Pilihanraya kampus semakin hangat berlangsung di seluruh tanah air tidak terkecuali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau singkatannya UTHM. Pilihanraya kampus UTHM dicemari dengan campur tangan parti politik iaitu UMNO yang telah menyalahguna kuasa untuk menyalurkan dana kewangan kepada calon – calon Aspirasi.

Dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyenaraikan beberapa elemen penting yang perlu di ambil tindakan dengan terbuktinya surat ( seperti di lampirkan ) daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor kepada Pejabat Naib Canselor iaitu:-

a. Kakitangan Universiti atau Staf iaitu Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin telah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang terlibat secara langsung dengan parti politik. Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil tindakan secara serius kepada staf yang terlibat secara langsung dalam hal ini.

b. Calon – calon Aspirasi merupakan proksi kepada Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa politik mereka di dalam universiti.


c. Unsur – unsur rasuah mula di semai dalam kehidupan kampus dengan UMNO memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM.

d. UMNO telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri hal berkaitan pilihanraya kampus yang sepatutnya tidak berlaku.

e. Tindakan terdesak pihak UMNO ini jelas menunjukkan mereka semakin terasa akan terhakis di kalangan intelektual.

Oleh itu, dapat kita menilai kematangan pihak UMNO untuk berpolitik amatlah cetek.

Zabidie Abas
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor

No comments:

Post a Comment