20090715

15 Julai 2009

10.44 am

Nasib Peneroka DERHAKA

Beberapa hari lepas sata bersama tiga orang peneroka Felda Bukit besar ke pejabat MPOB di Johor bahru. Sebelum ini kami yang dilabelkan PENDERHAKA oleh Felda amat menyakitkan hati. Kami ini semakin ditekan dan ditindas. Duit tanam semula kelapa sawit mereka tidak dikembalikan.

Hendak jual buah sawit ke kilang sawit milik FELDA dihalang, menurut mereka kami pelu ada lesen dari MPOB. Kami telah pergi ke Pejabat MPOB Kelana Jaya sebelum itu, namun tidak dapat respon sewajarnya.

Lantas kami diminta mohon di Pejabat MPOB Wilayah Johor Bahru. Mereka pergi ke Pejabat MPOB Wilayah Johor Bahru. Dimaklumkan MPOB telah menerima Notis Pekeliling mengarahkan tidak meluluskan permohonan lesen daripada peneroka samada perseorangan ataupun berkumpulan.

Kami kembali semula ke Pejabat Rancangan Felda Bukit Besar, pengurus disitu memaklumkan arahan pihak atasan untuk tidak melayan permintaan kami. Beliau suruh gunakan lesen Felda, tapi felda kenakan pemotongan pula, 60% hasil diserahkan kepada peneroka dan 40% Felda.

Ini yang dikatakan Penjajahan Felda. Maka tidak salah jika dianggap Felda mengamalkan sistem Kuku Besi. Negara merdeka, tetapi peneroka tetap dijajah. Felda menekan peneroka dengan pelbagai kaedah.

Umum diperkatakan , Felda menipu peneroka. Baja yang disalurkan kepada peneroka tidak berkualiti. Bole dikatakan hasil banyak, tetapi bila gaji dapat nilai yang tidak setimpal.

Bukan tomahan pertikaian kepada sistem gradding yang tidak adil. Buah sawit yang 'reject ' samada muda, mengkal, kotor, busuk, tandan panjang atau sebagainya dinilai secara rambang dan sambil lewa. Malah tidak dikembalikan kepada peneroka semula seperti prasyarat MPOB kepada kilang Felda.

Bukan rahsia Felda memproses dengan menjadikan milik mereka. Begitu juga nilai perahan minyak hanya sekitar 18%-19% sahaja. Walaupun peneroka mengawal penghasilan agar bermutu namun felda tetap dengan alasannya. Felda tidak mahu menanggung rugi, malah peneroka yang terpaksa menanggung kerugian tersebut.

Diawal tahun 1971, di Felda Bukit Besar, Tun Abd Razak bapa Najb pernah mengatakan "semua harta benda Felda adalah milik peneroka, kerana segala hutang piutang untuk membangunkan felda telah ditanggung oleh peneroka" tetapi apa yang peneroka dapat?....

Peneroka perlu bangkit dan sedar. Tuntut semula hak-hak peneroka. Hari ini Felda kaya raya hasil daripada pengorbanan peneroka. Tetapi peneroka tidak mendapat imbuhan tersebut. Kemewahan dan keistimewaan hanya kepada Felda dan kakitangan Felda, peneroka berhempas pulas untuk mengkayakan mereka.. Kalau peneroka bersatu, saya pasti Peneroka adalah TUAN kepada Felda.

08.25 am

Keputusan Manek Urai sudah diketahui umum.

AMK Johor mengucapkan tahniah buat 'abe Uji' yang berjaya mengekalkan kerusi tersebut untuk PAS dan Pakatan Rakyat khususnya. Sudah pasti media BN tidak henti-henti mengaku dirinya menang. Itu lumrah mereka, tidak tahu malu.

Projek 'pondok-pondok' mereka hanya berjaya mempengaruhi hanya beberapa peratus pengundi sahaja. Majoritinya agak lali dengan 'gula-gula' BN-Umno. Walaupun dengan 65 undi Abe Uji tetap juara . Tan Sri Muyiddin Yassin dan kelompok perasuah ,terpaksa ' mengigit jari ' lagi dengan pelbagai tipu helah.

Saya telah menjangkakan dan yakin sebelum ini PAS akan berjaya sebelum penamaan calon lagi , walaupun perkiraan saya BN-Umno berjaya mencuri beberapa undi atas pagar. Muhyiddin terkenal dengan kelicikkannya di Johor.

Petronas dan BN gagal menjawab kegagalan mereka menipu pembahagian royalti di Kelantan. Projek jambatan dan argomolitan adalah projek 'mee segera' mainan BN seperti pilihanraya yang lepas.

Jentera AMK Johor yang berhempas pulas di Manek Urai yang tidak menghiraukan kalah-menang harus dinobatkan sebagai 'Tentera kental Pakatan Rakyat". Tahniah kepada semua jentera Pakatan rakyat yang berjuang di Manek Urai.

BN-Umno pasti kalah dan terus kecundang dengan helah buruk mereka. Kepada Puteri Umno, saya berharap usah celupar. Pepatah ada berkata, " Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa ".

No comments:

Post a Comment