20090714

14 - 07 - 2009

09.00 am

Debaran bermula di Manek Urai.

Walaupun tidak seberapa, AMK Johor dikepalai oleh Wira AMK Johor, saudara Fauzi masih berkampung di Kuala Krai bersama rakan-rakan AMK Johor dan Pusat yang lain. Kelibat Fauzi yang bergerak diseluruh negara membuatkan saya adakalanya terkedu dan merasakan kehadirannya membawa motivasi yang mantap.

Banyak perkhabar mengatakan PAS bakal juara hari ini. Tidak dinafikan media utama pro BN-Umno mengatakan BN bakal membuat kejutan hari ini. Tiada siapa mahu kalah dan yang menang pasti gembira walau dengan majoriti satu undi.

Dakyah kotor BN saban hari makin ketara. Wang dijadikan ukuran untuk menang. Apa yang mendukacitakan, bilik gerakan PKR di Kuala Krai diperintah tutup oleh SPR dengan alasan PKR tidak bertanding. Adakah itu alasan kukuh ?

Bahan akedemik akan diukur keupayaan BN untuk keputusan hari ini. Tan Sri Muhyiddin kelihatan lebih rakus dari Datuk Seri Najib. Hina sungguh. Mengadaikan Agama demi kemenangan. Adakah Muhyiddin boleh mengatasi Kekuasaaan Yang Maha Esa dengan wang ringgit milik rakyat ? Mari kita saksikan.

No comments:

Post a Comment