20091217

DSAI : Penghijaran Demi Memertabatkan Negara

Setelah beberapa kali Bakar Komando* meminta kebenaran daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar majikannya diselamatkan/ dilarikan dari ditangkap oleh Polis. Anwar Ibrahim dengan tegas menegahnya.

Peristiwa itu berlaku pada penghujung 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Akhirnya Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan yang tidak diketahui sehingga hari ini.

Penghijrahan dan pengorbanan besar dari tampuk kekuasaan ke penjara demi memperjuangkan hak marhaen dan keadilan bersinar di Malaysia tercinta.

Anwar Ibrahim sanggup dibelasah dan dipenjarakan dari terus bersama pimpinan UMNO-BN merompak harta dan memperkosa keadilan negara.

Datuk Seri Nazri Aziz lupa apa yang berlaku tahun 1998, apabila beliau mempertikaikan status Anwar Ibrahim ketika menjawat TPM di Dewan parlimen kelmarin.

Penghijrahan itu diratapi dan disokong jutaan rakyat Malaysia dan puluhan jutaan penduduk dunia. Telahan Nazri Aziz kelmarin merupakan sesautu yang memalukan dan berunsur emosi.

Pencatat terharu bila membaca laporan Anwar Ibrahim meminta maaf kepada Dewan bila Nazri menyentuh 'Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas semasa menjawat TPM'.

Apabila Nabi S.A.W bersabda, "Tiada lagi hijrah selepas ini" (dari mekah ke Madinah). Pencatat merestui penghijrahan Anwar ke penjara demi memertabatkan Agama dan bangsa.

Kerajaan UMNO-BN wajib-mesti ditumbangkan demi menegakkan kebenaran dan menobatkan keluruhan perlembagaan negara.

* Pengawal peribadi

1 comment:

  1. semuga ALLAH peliharakan yang benar adalah
    cahaya untuk semua makhluk di dunia ini...

    ReplyDelete