20091102

Warung Burger 1Malaysia

Kini kempen 1Malaysia kian semarak. Ianya kelihatan lebih ngetop dari Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.

Jika Wawasan 2020 dan Islam Hadhari citpaan Presiden UMNO hanya membatasi ekonomi dan keagamaan, 1Malaysia merangkumi semua termasuk 'warung burger' pun berlogokan 1Malaysia.

Minggu sudah murid mati akibat jambatan roboh disebabkan kem 1Malaysia. Sebelumnya F1M1 ditubuhkan untuk sukan permotoran.

Kini semua progran kerajaan pusat dan negeri dibawah panji BN berlagukan 1Malaysia. Sehingga rakyat terperdaya Bajet 1Malaysia yang secara terang memperdayakan rakyat.

Pencatat dahulunya teruja dengan Wawasan 2020 dan kagum dengan Islam Hadhari. Namun ianya jelas hanya bualan pidato Perdana Menteri UMNO-BN terdahulu hasilnya hanya membazir wang rakyat.

Kini kita didendangkan oleh 1Malaysia sana, 1Malaysia sini. Wahh... gamat semua penglipurlara menyanyikan 1Malaysia.

Pencatat hairan kenapa Perdana Menteri(PM) pura-pura terkejut dengan laporan Akauntan Negara mengenai Laporan Audit 2008.

Penipuan begitu jelas pada laporan itu dan PM hanya sebut 'akan menyiasat, dan ambil tindakan' sedang ianya telah terbukti. Ahhh... 1 Malaysia ditipu lagi.

Sudah tentu PM mengetahui lebih awal dari Dewan Parlimen dan rakyat umum dan penjenayah terlepas begitu sahaja. Mungkin pembaca bersependapat dengan saya, 1 Malaysia ditipu PM-BN.

No comments:

Post a Comment