20110627

Panduan Himpunan BERSIH 2.0

Fakta :
Perhimpunan Bersih 2.0 Pada 9 Julai 2011 (Sabtu), Jam 2 Petang Di Kuala Lumpur
(Lokasi : Masjid Kg. Baru, Sogo & Bangunan DBKL).
Aman Dan Tanpa Senjata.

Tuntutan Bersih 2.0 :
BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
Reformasikan Undi Pos
Gunakan Dakwat Kekal
Akses Media Yang Bebas & Adil
Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
Kukuhkan Institusi Awam
Hentikan Rasuah
Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kedudukan Parti-Parti Politik :
Adalah Sebagai Entiti Yang Bergabung Di Dalam Bersih 2.0 Dengan Aspirasi Bersama Iaitu Menuntut Satu Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya Yang Bersih & Adil Untuk Malaysia.

Jangkaan/ Unjuran :
Kita menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk mereformasikan pilihan raya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, kita mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu semua pihak dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar, aman dan tanpa sebarang provokasi .

Perkara Yang Perlu Anda Bawa/Sediakan :
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Sediakan baju hujan berwarna kuning.
6. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya boleh digunakan.
7. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
8. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
9. Sedikit garam batu ; Ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
10. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
11. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis “N100 Respirator, N95 Respirator” dan “Surgical facemask” untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
12. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
13. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
14. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
15. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721.

Perkara Yang Tidak Dibenarkan :
Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihan raya.
Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Perhimpunan :
Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
Jangan lupa “charge” bateri handphone dan kamera.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula bagi mengelakkan sebarang provokasi pihak-pihak tidak bertanggungjawab..
Semasa Perhimpunan Dan Perarakan :
Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari “Field Commander” yang dilantik.
Ikutilah arahan dari Unit Amal atau “Field Commander” sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada “Field Commander”
Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan “Field Commander”.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi “sound system” akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukkan dalam beg plastik yang anda bawa.
Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email kitabersaudara_lpd@yahoo.com atau talian 019-340 7721. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
Selepas Perhimpunan :
Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang di rumah.
Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir.
Apa Anda Perlu Buat Jika Kumpulan Anti-Tuntutan Bersih 2.0 Buat Provokasi :
Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan “Field Commander” Unit Amal.
Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
Jangan hampiri mereka.
Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
Apa Anda Perlu Buat Jika Polis Buat Provokasi Dan Serbuan
Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
Duduk jika pimpinan arahkan.
Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air “water canon” berwarna kuning.
Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
Ambil gambar mereka jika sempat.
Buat laporan Polis jika anda dikasari.
Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditahan :
Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
Jangan terlalu risau kerana, di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Apa Yang Anda Buat Selepas Dibebaskan :
Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Tunggu! Perhatian… :
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini.

Harapan Kita Semua :
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan erjay tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan erjay perundangan dan erjaya implementasi erjay kita.
Ingat, Himpunan Bersih erjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihan raya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada “Field Commander” atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini. Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

20110616

(Part 1/3) Anwar Ibrahim: We Are Ready For The Battle, PRU13





FELDA Pinjam RM 6Billion Duit KWSP Elak Bankrup

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

16hb Jun 2011

Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.

Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby.

Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.

Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.

Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.

Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.

Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan.

Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.

Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu.

Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Dato 'Seri Najib Tun Razak.

Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato 'Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato' Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.

Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak, Mustapha OmarOng, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadapFelda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?

Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.



ANWAR IBRAHIM

20110602

LANCAR OPS SCORPENE

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Jun 2011

Sokong Penuh Kepada SUARAM Lancar Ops Scorpene

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyokong sepenuhnya usaha Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) melancarkan Ops Scorpene bagi mengumpul dana membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah pembelian dua kapal selam serta yang melibatkan kematian misteri Altantunya Sharibu yang akan bermula Julai di Mahkamah Perancis.

Mengikut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, sebanyak RM100,000 disasarkan dalam Ops Scorpene. Sebenarnya badan-badan NGO telah mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes perolehan senjata yang melibatkan komisen yang besar termasuk 114 juta Euro (RM 493.53 juta) yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd.

Namun demikian, SPRM tidak mengambil sebarang tindakan yang menyakinkan terhadap desakan badan NGO sampai hari. Tiada keazaman politik daripada SPRM dalam penyiasatan kes rasuah yang penting tersebut. Maka SUARAM telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Perancis.

AMK bersetuju dengan tindakan SUARAM yang bijaksana serta berani atas prinsip kepentingan negara serta kebebasan maklumat. Selama ini segala perolehan senjata kerajaan selalu dilakukan dalam keadaan yang tidak telus. Dengan adanya Akta Rahsia Rasmi yang sering dijadikan alasan untuk tidak mendedah sebarang maklumat atau keputusan dalam perolehan senjata kepada orang awam termasuk Ahli Parlimen.

Oleh itu, tindakan SUARAM yang membawa kes rasuah ini ke Mahkamah Perancis seolah-olah membuka Pandora Box. Rakyat akan berpeluang untuk mengetahui kebenaran dalam kes rasuah yang selama ini ditutup dalam negara.

Sebenarnya terdapat banyak kes-kes perolehan senjata yang tidak telus termasuk yang dibongkarkan oleh YB Tony Pua (Ahli Parlimen PJU) dalam kes pembelian 6 buah Offshore Patrol Vessels yang bernilai RM 6 billion. Beliau telah membangkitkan beberapa masalah dalam perolehan senjata iaitu harga yang terlampau tinggi berbanding dengan negara lain, proses perolehan yang bermasalah dan tidak bertanggungjawab (accountablity).

AMK berpendapat proses perolehan senjata yang melibatkan peruntukan yang tinggi perlu dipantau oleh Parlimen untuk mengelakkan sebarang komisen yang terlampau tinggi serta gejala rasuah yang berleluasa.

Oleh itu, AMK mendesak agar kerajaan tidak lari daripada tanggungjawab malah mengutamakan kepentingan negara serta urus tadbir yang cekap. Kerajaan perlu menyumbang kepada Ops Scorpene yang dilancarkan oleh SUARAM untuk mencari kebenaran dalam kes rasuah.

Semua rakyat Malaysia diseru untuk memberi sokongan kepada SUARAM dalam Ops Scorpene untuk memastikan kerajaan kita sentiasa bertanggungjawab ke atas kepentingan rakyat, urustadbir yang cekap.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia