20100621

Dr Asri Menyertai UMNO/BN???

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat ini.

Memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof, Dr Mohd Asri dilaporkan akan menyertai Umno menerusi cawangan dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.

NOTA PENCATAT

Dr Mohd Asri juga manusia seperti kita. Mempunyai akal dan nafsu. Sudah pasti beliau boleh membezakan yang mana satu kebenaran dan mana satu kebatilan. Beliau juga mempunyai kekuatan untuk memilih berada dipihak kebenaran mahupun kebatilan. Kalau beliau hendak bersama dengan kebenaran, beliau akan duduk bersama dengan kita Pakatan Rakyat.

Sebaliknya kalau beliau berminat untuk bersekongkol dengan kebatilan, maka beliau akan bertindak untuk mendampingi umno/BN. Masa itu, kedengaranlah yang beliau bermaksud untuk mencuci umno dari dalamlah, umno/BN merupakan parti yang terbaiklah, umno/BN boleh dipulihkan seandainya kembali kepada Islam sebenarlah, Melaya perlu bersatu menyelamatkan umno/BNlah.... dan pelbagai alasan yang kita sendiri dapat menjangkakannya.

Kemungkinan akan berlaku juga beliau dijanjikan imbuhan yang bertimbun-timbun. Mungkin juga beliau dibeli, mungkin juga beliau dipaksa, diugut, atau sebagainya. Mohon Dr Mohd Asri kuat keimanan,mampu mengharungi dugaan menghadapi umno/BN.

Apapun keputusan Dr Mohd Asri, bakal mencerminkan wajah jelas beliau. Adakah sama yang digambarkan oleh Rasullah SAW tentang Ulamak Akhir Zaman. Atau beliau merupakan Ulamak sebenar yang berani menyatakan tentang kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

.

1 comment:

  1. Salam Bidie.

    Macamana anda boleh yakin perjuangan dalam PR adalah hak dan benar? Benarkah ulamak dalam kalangan PKR, PAS waimma dalam DAP itu ulamak yang berani menyatakan tentang kebenaran dan menghapuskan kezaliman.

    Mereka..dahaga kuasa Bidie. Takder bukti perjuangan langsung. No track records. Fikir..

    Masih belum terlambat...tanahair kita yang baru merdeka 53 tahun ini memerlukan perpaduan, kesepakatan dan kesepaduan akal, minda & tenaga...bukan penentangan atas nama 'perubahan'yang sebenarnya hanya fatamorgana yang memuai emosi kita..lantas kita diluar sedar menyokong niat tersirat mereka...

    Sebagai sahabat...Bidie..anda masih belum terlambat...fikir...

    ReplyDelete