20100221

Felda Rugi RM 1 Billion Bersama 1Malaysia ?

Semua syarikat, individu dan perindustrian berasaskan minyak sawit dan perladangan sawit di seluruh dunia tahun 2009 mencatatan keuntungan sangat lumayan.

Perkhabaran bertiup kencang Kumpulan Felda Holding dikatakan telah rugi sekitar RM1 Billion tahun 2009.

Berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan 'di bangunan FELDA' .

Dikatakan juga perlantikkan Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab bagi menggantikan Dato’ Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca dari kerugian tersebut.

Dikatakan juga Ahmad Tarmizi tidak bersendirian 'digugurkan' tetapi beliau disertai lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM 3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka dibawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia.

Sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang merupakan penipuan bersekala besar dan dipercayai semua 103,000 peneroka ditipu melalui keadah yang sama.

Teorinya adalah sama diseluruh tanah rancangan Felda, peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.

Yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda. Diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka, sawit tersebut dilupuskan.(Buah sawit yang diketogerikan muda yang dijual oleh peneroka)

Tahukah Pembaca, ianya dilakukan setiap hari dan diseluruh kilang dimiliki Felda selama berpuluh tahun. Adakah ini palsu ?

Semua bekas dan pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Bertanya jika kenyataan ini adalah fitnah.

2 comments:

  1. Harap dapat berikan info yang lebih detail lagi berkenaan artikel ini... menarik tetapi jika disertakan dengan bukti akan mengukuhkan lagi informasi anda... saya tak mahu untuk membuat apa-apa keputusan atau komen berkenaan artikel anda ini selagi tidak diberikan info yang lengkap lagi meyakinkan... terima kasih..

    ReplyDelete
  2. my father is one of felda top management...i can guarantee you all, this article is rubbish..no such things like this happen in felda..

    ReplyDelete